Mat Simen
21 Oktober 2012, 1150 pm.. inilah catatan pertama aku sebagai watak Mat Simen dalam blog Mat Simen ini.. kat atas ni gambar aku sewaktu di Haadyai, Thailand.. pergi Haadyai ni atas tiket hadiah tempat kedua kampung aku dalam pertandingan Kemajuan dan Keceriaan Kampung peringkat kebangsaan Tahun 2004. Banyak juga hasil kerja tangan aku dalam kerja-kerja simen terutamanya simen ferro untuk mengindahkan lagi lanskap kampung.
Kami para belia kampung tersebut dihantar berkursus di Akademi Binaan Malaysia untuk belajar dalam Asas Lanskap. Dari situ timbul minat saya pada Simen Ferro.. bermacam-macam produk telah saya reka dari simen ferro ni, dari sekecil-kecil bekas abu rokok sampailah sebesar-besar air terjun.. Kini saya teringin pulak nak membuat penulisan ilmiah mengenai simen ferro ni memandangkan sumber yang terhad untuk kajian simen ferro ini.. cukuplah sekadar sumber rujukan untuk anak-anak muridku disekolah. Nak buat rujukan di perpustakaan universiti tak cukup ilmiah lagi.. siapalah aku ini sekadar ada sijil asas lanskap dari ABM (itu pun belum ambil lagi, sijil masih ada di CIDB).
Sebenarnya blog Mat Simen saya buat sebagai diari saya dalam berkarya dengan simen ferro, boleh juga dikatakan sebagai dokumentasi saya dalam mengeksplorasi simen ferro.. nak cari website yang penuh cerita mengenai simen ferro memang tak jumpa, nak masuk library entah bila ada masanya, jadilah saya syok sendiri dengan penulisan saya ini.
Modul-modul yang ada di dalam blog ini adalah kemahiran mudah yang saya ajar kepada anak-anak murid saya di kelas MPV-Pendidikan Khas (kat sekolah-sekolah lain tak ada mata pelajaran ni). Sekurang-kurangnya dapatlah sedikit kemahiran bila budak-budak OKU ni habis sekolah nanti.. mudah-mudahan saya akan mengikuti kamu semua berjalan menuju syurga di akhirat kelak.. Modul-modul tersebut saya dokumentasikan dalam blog ni sebagai proses saya memerah otak untuk menghasilkan kurikulum simen ferro bagi budak-budak OKU bermasalah pembelajaran.
Mudah-mudahan blog ini juga boleh dijadikan satu elemen atau eviden bila saya memohon untuk menjadi Guru Cemerlang kelak...

No comments:
Post a Comment