Dalam suasana masih mabuk raya, cuti raya yang panjang, otak masih menjalankan tugas dengan baik... bila ada masa free saya perah otak sikit-sikit, maka dapatlah sikit hasilnya..
Masterpiece yang pertama siap nanti boleh la saya tunjuk.. tapi ada berpuluh lagi tu.. saya kene sorok dulu..
Mat Simen
Eksplorasi & karya simen ferro
Monday, 19 August 2013
Tuesday, 23 October 2012
Produk Simen Ferro Sederhana Besar
Ini pula adalah produk simen ferro yang sederhana besar yang Mat Simen buat. Ketika ini baru tahun kedua menjadi warga PPKI SMK Sungai Besar.
Pelajar-pelajar yang dah besar tu Mat Simen ajak buat batu tanda ni.. agak berat juga benda ni, nak angkat seorang memang tak larat punya..
Produk ni agak adalah dalam kategori intermediate level.. jadi pelajar cuma dikehendaki membantu sahaja. Apa yang agak susah di sini adalah part Typography yang menggunakan komputer. Font Myriad dipilih untuk papan tanda ni.
Kalau pelajar memang tak boleh buat punyelah sebab pelajar OKU ni nak buat office word pun merangkak, apalagi nak buat Adobe Illustrator.. kena ajar sampai pandai..
Pelajar-pelajar yang dah besar tu Mat Simen ajak buat batu tanda ni.. agak berat juga benda ni, nak angkat seorang memang tak larat punya..
Produk ni agak adalah dalam kategori intermediate level.. jadi pelajar cuma dikehendaki membantu sahaja. Apa yang agak susah di sini adalah part Typography yang menggunakan komputer. Font Myriad dipilih untuk papan tanda ni.
Kalau pelajar memang tak boleh buat punyelah sebab pelajar OKU ni nak buat office word pun merangkak, apalagi nak buat Adobe Illustrator.. kena ajar sampai pandai..
Sunday, 21 October 2012
Produk Paling Kecil
Budak OKU memang ada yang tak tahan dengan panas-panas dan tak boleh kerja berat sangat.. jadi inilah produk yang rasanya sesuai untuk melatih mereka dengan kemahiran kerja simen ni. Biar pun kecil macam ni, tapi ada juga pelajar OKU ni yang sukar untuk membuat ni kerana ada masalah dengan koordinasi... tak apalah murid-murid, saya akan ajar kamu sampai dapat menyiapkan produk ni..
Mat Simen
21 Oktober 2012, 1150 pm.. inilah catatan pertama aku sebagai watak Mat Simen dalam blog Mat Simen ini.. kat atas ni gambar aku sewaktu di Haadyai, Thailand.. pergi Haadyai ni atas tiket hadiah tempat kedua kampung aku dalam pertandingan Kemajuan dan Keceriaan Kampung peringkat kebangsaan Tahun 2004. Banyak juga hasil kerja tangan aku dalam kerja-kerja simen terutamanya simen ferro untuk mengindahkan lagi lanskap kampung.
Kami para belia kampung tersebut dihantar berkursus di Akademi Binaan Malaysia untuk belajar dalam Asas Lanskap. Dari situ timbul minat saya pada Simen Ferro.. bermacam-macam produk telah saya reka dari simen ferro ni, dari sekecil-kecil bekas abu rokok sampailah sebesar-besar air terjun.. Kini saya teringin pulak nak membuat penulisan ilmiah mengenai simen ferro ni memandangkan sumber yang terhad untuk kajian simen ferro ini.. cukuplah sekadar sumber rujukan untuk anak-anak muridku disekolah. Nak buat rujukan di perpustakaan universiti tak cukup ilmiah lagi.. siapalah aku ini sekadar ada sijil asas lanskap dari ABM (itu pun belum ambil lagi, sijil masih ada di CIDB).
Sebenarnya blog Mat Simen saya buat sebagai diari saya dalam berkarya dengan simen ferro, boleh juga dikatakan sebagai dokumentasi saya dalam mengeksplorasi simen ferro.. nak cari website yang penuh cerita mengenai simen ferro memang tak jumpa, nak masuk library entah bila ada masanya, jadilah saya syok sendiri dengan penulisan saya ini.
Modul-modul yang ada di dalam blog ini adalah kemahiran mudah yang saya ajar kepada anak-anak murid saya di kelas MPV-Pendidikan Khas (kat sekolah-sekolah lain tak ada mata pelajaran ni). Sekurang-kurangnya dapatlah sedikit kemahiran bila budak-budak OKU ni habis sekolah nanti.. mudah-mudahan saya akan mengikuti kamu semua berjalan menuju syurga di akhirat kelak.. Modul-modul tersebut saya dokumentasikan dalam blog ni sebagai proses saya memerah otak untuk menghasilkan kurikulum simen ferro bagi budak-budak OKU bermasalah pembelajaran.
Mudah-mudahan blog ini juga boleh dijadikan satu elemen atau eviden bila saya memohon untuk menjadi Guru Cemerlang kelak...
Subscribe to:
Posts (Atom)


